Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
KEJOHANAN TENIS BEREGU PIALA DATUK BANDAR MBIP 2024
13-14 Disember 2024 | Pusat Kecemerlangan Sukan Negeri Johor, Nusa Duta
Kejohanan Tenis Beregu Piala Datuk Bandar MBIP 2024 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari, menampilkan 32 pasukan dengan penyertaan 64 pemain dari seluruh Malaysia, termasuk jemputan khas daripada Indonesia.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, diiringi oleh Encik Nurizam bin Khalid, Presiden Persatuan Tenis Johor. Tahniah kepada pasangan Luqman Nul Hakeem bin Abdul Rahim dan Muhammad Syabil Md Shaharudin (Kategori Tier 1), Muhammad Asyraf Fikri Zaulkffali dan Amirul Idham bin Zaidee (Kategori Tier 2) yang telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan Datuk Bandar MBIP 2024 beserta hadiah wang tunai.
Pihak MBIP mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih atas sokongan padu dalam memartabatkan sukan tenis di Iskandar Puteri.









