Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KEPELBAGAIAN SPESIES TUMBUHAN BERPOTENSI DAN PERANANNYA KEPADA KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR
14 Disember 2024 | Sunway Emerald Lake, Iskandar Puteri
Program Pemindahan Ilmu Kepelbagaian Spesies Tumbuhan Berpotensi dan Peranannya kepada Keseimbangan Alam Sekitar anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sunway City Iskandar Puteri ini bertujuan memberi manfaat komprehensif kepada komuniti dengan meningkatkan pengetahuan tentang penanaman tumbuhan hiasan, kelestarian alam sekitar serta kepentingan taksonomi dalam aspek sains.
Program dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Shafinaz binti Shahir, Dekan Fakulti Sains bersama YM Ungku Ahmad bin Ungku Mohd Zakaria, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP dan Encik Khairul Anwar bin Mohd Fuze, wakil Sunway City Iskandar Puteri, serta turut menampilkan perkongsian ilmu daripada Dr. Farah Alia binti Nordin dan Dr. Dahlia binti Shahbuddin, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang membincangkan topik berkaitan tumbuhan hiasan dan potensinya.
Seramai hampir 170 peserta telah menyertai program ini, termasuk pelajar Program Sarjana Muda Sains Biologi UTM, murid-murid SK Taman Mutiara Rini, serta penghuni Rumah Anak Yatim Shafar.
Program ini dijalankan melalui kerjasama erat antara pihak kerajaan, swasta, dan komuniti setempat, seiring dengan usaha pelaksanaan Local Agenda 21 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diterajui MBIP melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP.
Semoga usaha ini dapat memupuk kesedaran serta tindakan kolektif ke arah kelestarian alam sekitar yang berterusan.





