KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI : JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (UNIT BELIA DAN SUKAN)
15 Disember 2024 I Kompleks Sukan Arena Emas

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diketuai oleh Encik Shahrin Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA.
Lawatan ini bertujuan melihat kemudahan infrastruktur sukan serta mendapatkan maklumat berkenaan pembinaan dan penyelenggaraan tempat acara sukan terutamanya Gelanggang Sukan Lawn Bowl dan Petanque.
Delegasi pelawat telah disambut baik oleh YM. Ungku Ahmad Bin Ungku Mohd Zakaria, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP serta kakitangan Unit Belia dan Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP. Sesi taklimat berkaitan infrastruktur kompleks sukan ini ini telah dibentangkan oleh Encik Mohd Khalid Bin Idrus, Pengurus Fasiliti Syarikat DASB Properties Management.
Diharap sesi kunjungan ini mencapai matlamat yang diharapkan serta dapat bertukar pandangan dalam memajukan industri sukan serta kemudahan awam untuk masyarakat dan komuniti setempat.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri