KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
TAKLIMAT KESEDARAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN (KKP) DAN ERGONOMIK – SESI 2
15 Disember 2024 | Dewan Auditorium MBIP, Bandar Medini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan sesi kedua Taklimat Kesedaran Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KKP) yang melibatkan 512 orang warga kerja MBIP yang tidak terlibat dalam sesi pertama sebelum ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Zamir bin Mohd Zahran, Penolong Pengarah Alam Sekitar, Promosi dan Pendidikan Kesihatan MBIP yang bertujuan meningkatkan kesedaran pekerja mengenai keselamatan di tempat kerja. Antara perkara yang dibincangkan termasuk:

  • Penerangan tentang potensi risiko kemalangan dan langkah pencegahan
  • Kepentingan penggunaan alat perlindungan diri dan pematuhan kepada prosedur keselamatan
  • Hak pekerja di bawah undang-undang keselamatan pekerjaan
  • Tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan bebas risiko.

Sesi ini turut menyentuh tentang kesedaran ergonomik, dengan penerangan terperinci mengenai:

  • Reka bentuk persekitaran kerja yang sesuai dengan postur tubuh pekerja
  • Cara mengelakkan masalah kesihatan seperti ketegangan otot, sakit belakang, atau masalah sendi
  • Pengaturan meja, kerusi, dan peralatan untuk meningkatkan keselesaan serta produktiviti pekerja
Melalui program ini, MBIP komited untuk memastikan setiap pekerja bekerja dalam persekitaran yang selamat, sihat, dan produktif.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri