Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
15 Disember 2024 | Ahad
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menziarahi kakitangan yang sedang berhadapan dengan musibah iaitu Encik Muhammad Zulfiqri bin Saron dan Encik Syed Suffi bin Syed Abu Bahri.
Selain menyampaikan bantuan bagi meringankan beban, program CSR ini juga diadakan bagi memberikan sokongan moral dan emosi, serta menunjukkan keprihatinan pihak organisasi kepada kakitangan yang terjejas, yang juga merupakan manifestasi daripada nilai kekeluargaan dan solidariti dalam organisasi iaitu saling menghulurkan bantuan dan sentiasa ada untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.



