Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI MELANA DAN NAIKTARAF PERPARITAN DI JALAN TENANG 2, TAMAN DAMAI JAYA : PENDEKATAN JANGKA PANJANG MENGURANGKAN RISIKO BANJIR
8 Disember 2024 | Jalan Tenang 2, Taman Damai Jaya
Sesi turun padang ke tapak projek oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP bersama Encik Tambi Omar bin Latip, Ahli Majlis Zon Selesa Jaya, wakil-wakil jabatan MBIP dan wakil agensi teknikal, perunding serta kontraktor bagi meninjau prestasi dan kemajuan kerja yang dilakukan di Jalan Tenang 2, Taman Damai Jaya, Skudai Johor.
Lawatan ini diadakan juga bagi memantau perkembangan terkini dan permasalahan di tapak lawatan serta memuktamadkan tindakan yang perlu diambil agar projek dapat berjalan lancar dan diserahkan mengikut jadual.
MBIP juga amat komited dalam usaha untuk meningkatkan kualiti infrastruktur saliran terutama projek tebatan banjir di kawasan perumahan lama dan rapuh dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan Monsun Timur Laut (MTL).




