Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM SEMARAK SUBUH JOHOR 2024 BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR
18 Disember 2024 | Masjid Jamek Gelang Patah
Program Semarak Subuh Johor 2024 ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Borhan Bin Mohamad, Imam Masjid Jamek Gelang Patah dan diikuti dengan berselawat bersama-sama jemaah. Program diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru.
Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor; Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam; Yang Berhormat Dato' Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi; Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan; Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Johor Bahru; Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor; Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar; Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis MBIP Zon 13: Kota Iskandar bersama Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, pegawai dan kakitangan MBIP serta ahli qariah masjid telah turut bersama-sama mengimarahkan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diadakan secara istiqamah. Allah berkati Johor.





