Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM SENAM AEROBIK (AEROBIKTON) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2024 ANJURAN BERSAMA YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI
28 Disember 2024 | Dewan MBIP Skudai
Program Aerobikton MBIP 2024 yang penuh semangat dan tenaga kali ini disertai oleh hampir 300 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur.
Istimewanya kali ini, program turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang memberikan hadiah menarik kepada para peserta.
Program dihadiri oleh Encik Sangrapandian A/L Velliappan, Ahli Majlis (AM) Zon 17; Puan Chuah Lee Hui, AM Zon 20; Puan Tan Hiang Kee, AM Zon 21; Puan Lau Mei Yok, AM Zon 15; Encik Shahril Izwan bin Abdullah, Pegawai Tadbir MBIP; Dato Radin Seri Kartini binti Abdullah bersama Latiffah binti Moideen, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP); Puan Siti Aishah binti Johari, Pengurus YPIP serta komuniti senam aerobik setempat.
Semoga program seperti ini terus menjadi simbol perpaduan dan gaya hidup sihat di Iskandar Puteri. Mari bersama kita wujudkan komuniti yang sihat, cergas, dan penuh semangat!







