KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Disember 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA PINTAR BANDAR BERSIH DI ANTARA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCORP) NEGERI JOHOR DAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
31 Disember 2024 | Dewan Persidangan, Aras 2, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pintar Bandar Bersih antara Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp telah diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam menangani pengurusan kebersihan persekitaran dan sisa pepejal yang menjadi isu kritikal yang dihadapi di Negeri Johor.
“Strategi Bandar Bersih Johor 2025-2030” menyediakan panduan yang komprehensif kepada semua pihak yang terlibat termasuk komuniti masyarakat dalam usaha mencapai bandar bersih dan mampan di Johor. Dengan strategi yang tepat dan kerjasama daripada semua pihak, Negeri Johor boleh menjadi contoh bagi negeri-negeri lain dalam memastikan bandar-bandar dalam keadaan bersih, hijau dan lestari.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP dan Tuan Zainal Fitri bin Haji Ahmad, Pengarah SWCorp Negeri Johor yang turut disaksikan oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP bersama Tuan Mohd Hisyamuddin bin Turkijan, Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa SWCorp Negeri Johor.
MBIP berharap dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak ini terus komited bagi mencapai matlamat yang membawa manfaat yang besar, bukan sahaja dari segi persekitaran, tetapi juga dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Johor dari semua aspek kebersihan, keindahan dan kelestarian seterusnya memegang status Maju Johor menjelang tahun 2030.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri