KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
PROGRAM SEMARAK SUBUH JOHOR 2025
03 Januari 2025 l Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri & Surau Tanjung Adang, Gelang Patah
Program Semarak Subuh telah berlangsung di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri & Surau Tanjung Adang, Gelang Patah. Program dimulakan dengan solat subuh, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah al-kahfi, tazkirah ringkas serta selawat beramai-ramai.
Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama kepimpinan Kerajaan Negeri menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri. Hadir sama, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan, penjawat awam Negeri Johor serta masyarakat setempat. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP dan Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Khairi bin A. Malik, Ketua Whip MBIP turut meluangkan masa solat subuh berjemaah di masjid ini.
Pada masa yang sama juga diadakan Program Semarak Subuh Johor 2025 bertempat di Surau Tanjung Adang, Gelang Patah dan dihadiri oleh Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Zon Kota Iskandar selaku wakil rasmi Yang Berhormat ADUN Kota Iskandar bersama ASP Rozihan bin Othman, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Iskandar Puteri serta kariah setempat.
Sumbangan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disampaikan oleh Ahli Majlis Zon Kota Iskandar bersama wakil Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP kepada Pengerusi Surau Tanjung Adang, Gelang Patah sebagai tanda penghargaan.
Semoga kita terus istiqamah dalam menghayati kemuliaan hari Jumaat sebagai tanda cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW. Insya-Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri