Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KAWASAN HOTSPOT BANJIR
11 Januari 2025 | Kampung Tuah Jaya, Taman Perling
Misi bantuan makanan kepada mangsa banjir telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Inisiatif ini bertujuan memastikan keperluan asas masyarakat yang terjejas akibat bencana dapat dipenuhi dengan segera.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan dan agensi yang telah berganding bahu dalam menjayakan misi bantuan ini. Keprihatinan serta sokongan anda semua membuktikan nilai solidariti dan perpaduan dalam menghadapi cabaran bersama.
Kami menyeru masyarakat untuk terus memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan mangsa banjir. Bersama, kita mampu menghadapi dan mengatasi situasi ini dengan penuh ketabahan.



