KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN MANTAN DATUK BANDAR ISKANDAR PUTERI
13 Januari 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis penuh bermakna telah diadakan bagi menghargai Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Iskandar Puteri yang bertukar ke jabatan baru.
Sepanjang hampir empat tahun perkhidmatan beliau (2021 sehingga 2025) YB. Dato’ Haji Mohd Haffiz telah memimpin Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan dedikasi, bijaksana dan visi yang baik. Di bawah kepimpinan beliau telah membawa pelbagai pencapaian gemilang, menjadikan Iskandar Puteri sebuah bandar raya yang progresif, maju dan sejahtera.
Majlis ini diakhiri dengan sesi ‘Clock-Out’ terakhir yang disaksikan oleh barisan Ahli Majlis, pegawai serta seluruh warga kerja MBIP yang hadir.

MBIP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti YB. Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad dalam memacu Iskandar Puteri ke arah kecemerlangan. Kami mendoakan agar YB Dato' dan keluarga sentiasa dilimpahi keafiatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Iskandar Puteri.










PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri