Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
BENGKEL PENGURUSAN SISA HIJAU SIRI-01: LANGKAH KE ARAH ALAM LESTARI
15 Januari 2025 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini
Bengkel anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Sireh Park telah berjaya diadakan dan mendapat penyertaan daripada pelbagai pihak. Bengkel ini menampilkan LAr Norhaliza binti Ahmad daripada The Nusajaya Natural Heritage Trust (Sireh Park) yang memberikan penerangan terperinci secara Teori dan Praktikal di Lapangan.
Melalui bengkel ini, peserta diberikan peluang untuk melakukan aktiviti penyediaan pengkomposan sisa hijau dan penanaman pokok, bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa hijau yang mampan, yang merupakan langkah penting dalam usaha menjaga alam sekitar dan meningkatkan kesedaran ekologi.
Tahnah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini





