KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
16 Januari 2025
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) bersama-sama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang penuh bermakna dengan menziarahi kakitangan dan ahli keluarga kakitangan yang sedang berhadapan dengan masalah kesihatan iaitu Encik Nazri bin Md. Nor yang mengalami serangan jantung dan Encik Zaharusdi bin Muda yang menjaga isteri (strok separuh badan).
Program CSR ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan emosi kepada kakitangan yang terjejas dan menunjukkan rasa keprihatinan daripada pihak organisasi. Dalam lawatan ini, ahli AKRAB tidak hanya memberikan kata-kata semangat tetapi juga berusaha untuk meringankan beban mereka melalui bantuan yang diberikan. Program ini juga adalah manifestasi daripada nilai kekeluargaan dan solidariti dalam organisasi iaitu saling menghulurkan bantuan dan sentiasa ada untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri