Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR DAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
15 Januari 2024 (Rabu) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Negeri Johor telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bertempat di Pejabat BPA Negeri Johor.
SLU telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Clement Wong Chen Siong, Pengarah BPA Negeri Johor, manakala JKR diwakili oleh Tuan Haizam Hanaffi bin Halid dan MBIP pula diwakili oleh Ts. Raja Sofian bin Raja Azhari.
SLU diadakan bagi membincangkan kes-kes aduan yang melibatkan kedua-dua agensi serta perancangan masa hadapan (way forward) bagi kes-kes aduan yang melibatkan jalan-jalan di bawah seliaan JKR dan MBIP.
Semoga kerjasama erat antara BPA Negeri Johor dengan JKR dan MBIP dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.
#BiroPengaduanAwam
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#BPAJohor

