Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) SIRI 1/2025 MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
22 & 23 Januari 2025 | Ibis Styles Johor Iskandar Puteri
Unit Integriti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Siri 1/2025 pada 22 dan 23 Januari 2025.
Kursus ini dikendalikan orang panel penceramah daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Encik Effezul Azran bin Abd Maulop, Ketua Penolong Kanan, Encik Mohd Rajib bin Adam, Ketua Penolong Kanan Penguasa dan Encik Muhammad Hafizi bin Othman, Penolong Kanan Penguasa.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan warga kerja MBIP yang berintegriti, amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas serta memberi pengetahuan asas bagi meningkatkan tahap integriti dan pencegahan rasuah serta tatakelakuan warga kerja di MBIP.
Seramai 30 peserta terdiri daripada Kumpulan Pelaksana MBIP yang turut serta dalam kursus ini. Semoga dengan pelaksanaan kursus ini secara berterusan dapat memberi kesedaran dan mengukuhkan integriti di kalangan warga kerja MBIP.







