Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MAJLIS APRESIASI TEKNIKAL LUARAN DAN DALAMAN JAWATANKUASA PUSAT SEHENTI (OSC) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024.
24 Januari 2025 | DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan Agensi Teknikal Dalaman (ATD) atas komitmen yang cemerlang sepanjang Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) tahun 2024. Mesyuarat yang lazimnya diadakan sebanyak 24 kali setahun telah berjaya bersidang sebanyak 25 kali pada tahun ini, membuktikan kecekapan dan dedikasi semua pihak yang terlibat.
TPr Hajah Rosmawati binti Haron, Pengarah Unit Pusat Sehenti MBIP memaklumkan semua permohonan telah dibawa untuk pertimbangan, dengan jumlah keseluruhan meningkat tinggi termasuk tambahan dari Agensi Teknikal Dalaman MBIP.
Kecekapan perkhidmatan memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan permohonan diurus tepat masa, mempercepatkan kelulusan, dan menjamin keputusan yang telus.
Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP dengan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada ATD dan ATL. Anugerah khas turut diberikan kepada agensi cemerlang dalam kehadiran mesyuarat dan ulasan tepat masa secara dalam talian.
Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Kehadiran Penuh Oleh Wakil dari Agensi Teknikal
1. PLANMalaysia@Johor (PMJ)
2. Pejabat Tanah Daerah Johor (PTD)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPNJ)
Penyampaian Sijil Penghargaan Ulasan bagi Komitmen Mengulas Ulasan Secara Atas Talian dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online
1. PLANMalaysia@Johor (PMJ)
2. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Jabatan Kejuruteraan, MBIP (Bhg. Infrastruktur)
5. Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Pihak pentadbiran Unit Pusat Sehenti mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan dan berharap agar agensi-agensi ini dapat meneruskan kecemerlangan dimasa hadapan.


