KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
Program Khatan Perdana Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
25 Januari 2025 - Program Khatan Perdana Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah diadakan pada hari ini bertempat di Balairaya Jalan Pekaka, Taman Perling.
Program untuk sesi kali ini merupakan anjuran bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, JPKK Telok Serdang, Persatuan Sukarelawan Pulai dan Team Amal Medic selaku Team Perubatan Berkhatan.
Para peserta telah diraikan dalam satu Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dengan diiringi YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut hadir bersama Encik Kamalruzaman bin Mohd Esa, Ahli Majlis Zon 24, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut memberi Insentif Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime Bernilai RM50 kepada setiap peserta program.
Terima kasih diucapkan kepada Rakan Kolaborasi yang bersama-sama antaranya Puan Tengku Hashimah binti Tengku Ismail daripada Marrybrown Bandar Dato’ Onn, Nur Farahain binti Sharif daripada Farahain Sharif & CO, Tabung Haji Negeri Johor, PTPTN Negeri Johor.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri