KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
27 Januari 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis telah dimulakan dengan Amanat Datuk Bandar oleh Ybhg. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP yang menyentuh perkara-perkara penting seperti pencapaian MBIP sepanjang tahun, inisiatif Economic Zone JS-SEZ, KPI Ahli Majlis, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, persediaan menuju Tahun Melawat Johor 2026, cabaran utama perkhidmatan awam, serta ucapan Selamat Tahun Baru 2025 dan Selamat Tahun Baru Cina.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara & Akta Rahsia Rasmi yang dipimpin oleh Encik Azrullail bin Masijan, Pengarah Khidmat Pengurusan, serta bacaan Ikrar Taat Setia (Aku Janji) yang dipimpin oleh Yang Mulia Raja Abu Bakar bin Raja Yahya, Pengarah Penguatkuasaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat MBIP (Kategori Pejabat dan Stor), serta pengumuman keputusan keseluruhan Karnival Rumah Sukan MBIP 2024, sebelum ditutup dengan Program Ikrar Bebas Rasuah MBIP yang dihadiri Yang Berbahagia Dato Hj. Azmi bin Hj. Alias Pengarah SPRM Negeri Johor.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Tambi Omar bin Latip Setiausaha Ahli Majlis, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid Timb. Setiausaha MBIP, Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja MBIP.











PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri