KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
25 Januari 2025 | Tempat Letak Kenderaan Awam, MBIP Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle M Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save, bertempat di Tempat Letak Kenderaan Awam, MBIP Medini.
Program ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP di mana masyarakat hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW). Melalui program ini juga, masyarakat dapat mendidik diri untuk mengasingkan jenis-jenis sampah mengikut kategori berikut plastik, kertas, kaca, minyak masak dan lain-lain.
Selain itu, program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Program Kitar Semula yang diadakan telah mendapat sambutan yang memuaskan buat kali pertama pada tahun ini. Sebanyak 1250kg barangan kitar semula telah dihantar dan sejumlah 3596.36ktCO2 telah berjaya diselamatkan. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang menyertas program ini sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk generasi akan datang menikmati bumi yang lebih sihat.
AYUH KITA BERTINDAK








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri