KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Aktiviti Plogging dan Jalan Angkat (PJA) diteruskan lagi pada hari Isnin lepas di Jalan Pelepas 2/5, Tanjung Pelepas. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha pihak Majlis untuk memastikan kawasan Iskandar Puteri menjadi lebih bersih dan selamat untuk penduduk.
Aktiviti plogging ini telah disertai oleh seramai 16 orang yang terdiri daripada kakitangan MBIP dan juga wakil dari SWCorp. Sebanyak 54kg sampah yang telah terkumpul dan dibersihkan di kawasan tersebut.
Hasil pemerhatian kawasan tersebut, kita dapat lihat bahawa masih ada sebahagian daripada masyarakat masih tidak peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan sampah sarap. Kita seharusnya menanamkan sikap bergotong-royong dengan mengutip sampah setiap kali terlihat sampah di sekitar kawasan sekeliling terutamanya kawasan pentadbiran MBIP.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri