KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MELAPORKAN PEMBERIAN ATAU PENERIMAAN RASUAH DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
27 Januari 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim
Inisiatif pengiktirafan kepada penjawat awam ini diperkenalkan selaras dengan usaha dan komitmen untuk memerangi jenayah rasuah sebagaimana ditetapkan dalam bidang keberhasilan utama negara (NKRA), di mana kerajaan telah bersetuju memberi pengiktirafan kepada Penjawat Awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah. Mekanisme pelaksanaan pengiktirafan ini telah dibuat melalui “Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah” yang telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara pada 11 Mei 2011.
Dua orang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) iaitu Encik Syed Hanif bin Syed Nasir dan Encik Syamsuddin bin Ab Rahman telah diberikan pengiktirafan dalam bentuk bayaran ganjaran dan Sijil Penghargaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MBIP kerana telah melaporkan kes pemberian rasuah serta memberikan kerjasama sepenuhnya sehingga kes berkenaan disabitkan kesalahan. Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor dengan disaksikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP serta Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Integriti MBIP.
Pemberian pengiktirafan ini membuktikan bahawa MBIP komited dalam memupuk budaya integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan kakitangan MBIP agar menolak rasuah, salah guna kuasa dan segala bentuk amalan tidak beretika.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri