Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
SESI DIALOG (TOWNHALL) BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PULAI GELANG PATAH DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
2 Februari 2025 | Kampung Pulai Gelang Patah
Sesi ini telah dihadiri oleh YB Datuk Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar; Encik Yusli bin Yusuf, Ahli Majlis Zon 9: Gelang Patah; Tok Haji Abdul Rahman bin Halim, Ketua Kampung Pulai Gelang Patah; PMgr.Sr.Ts Dr. Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer; Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBIP, Sr Zatul Amri Bin Zanal Penolong Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam serta Muhamad Zharif bin Ahmad, wakil Jabatan Landskap MBIP.
Sesi dimulakan dengan ucapan daripada YB Datuk Pandak bin Haji Ahmad yang menekankan kepentingan cukai harta dalam pembangunan kawasan, diikuti oleh Encik Yusli bin Yusuf yang menerangkan manfaat serta kelebihan pembayaran cukai harta kepada penduduk.
Seterusnya, dialog juga membincangkan tentang penilaian harta dan penetapan kadar cukai oleh Sr. Zatul Amri bin Zanal, dan diakhiri dengan pembentangan oleh Puan Nurulain binti Rahmat, yang membincangkan inisiatif kesihatan seperti program fogging, kawalan haiwan perosak serta penyelesaian isu gangguan anjing liar.
Sesi turut membuka ruang soal jawab, di mana penduduk mencadangkan agar perjumpaan berkala diadakan bagi meningkatkan komunikasi antara MBIP dan komuniti.
Pihak MBIP komited memastikan kesejahteraan penduduk serta pembangunan yang seiring dengan aspirasi Maju Johor. Terima kasih kepada semua yang hadir.


