Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
PEMBENTANGAN GERAK PUSAT ADUAN BERSEPADU NEGERI JOHOR
Susulan pengumuman YAB Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi dalam belanjawan Johor 2025 November lalu berkenaan Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor, saya telah membentangkan gerak kerja terkini pembangunan Pusat Aduan Bersepadu kepada YAB Menteri Besar Johor.
Kerajaan Negeri melihat pembangunan Pusat Aduan Bersepadu adalah inisiatif penting dalam meningkatkan interaksi antara rakyat dan pihak berkuasa.
Sistem ini bertujuan untuk memudahkan rakyat menyampaikan maklumat, aduan, dan cadangan kepada Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan dengan lebih sistematik dan efisien.
Sistem ini juga adalah gerak kerja penyelarasan & kesepaduan serta integrasi kerjasama antara semua sistem sedia ada yang melibatkan semua pihak pelaksana.
Kerajaan Negeri sedar aduan akan sentiasa ada dan untuk mencapai penyelesaian sempurna secara sekaligus bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kerajaan Negeri akan berusaha menambah baik segala perkara secara berfasa bagi memastikan isu rakyat dapat diselesaikan.
Bersama-sama dalam mesyuarat kali YB Fazli Salleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Infrastruktur, Pengangkutan & Komunikasi Negeri Johor, YB Dato Asman Shah TSUK Pembangunan, YB Dato Hafiz Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Yang Berbahgia Tuan Haji Nazir Datuk Bandar MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Puan Asyikin Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang Tuan Haji Azmee Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai Encik Hafiz Aliman SUB Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Encik Muhammad Ammar Akmal Ketua Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Puan Tazrina Pengarah Media Digital Johor, Wakil ICT, Wakil Biro Pengaduan Awam Johor serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi berkaitan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
