KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
LAWATAN TEKNIKAL MBIP KE PUSTAKA RAJA TUN UDA: MENEROKA INOVASI PERPUSTAKAAN AWAM
4 Februari 2025 | Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pustaka Raja Tun Uda bagi memahami lebih lanjut tentang perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan untuk kemudahan awam.
Lawatan ini diketuai oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Ahmad, Setiausaha MBIP, diiringi oleh Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, serta beberapa orang kakitangan MBIP.
Lawatan ini dimulakan dengan melawat fasiliti-fasiliti termasuk ruang bacaan, studio rakaman profesional, bilik multimedia, sudut kanak-kanak yang interaktif, serta perkhidmatan digital yang memudahkan akses kepada bahan bacaan dan pembelajaran.
Seterusnya, lawatan diteruskan dengan pembentangan oleh wakil Pustaka Raja Tun Uda tentang sejarah dan proses pembangunan pustaka sekaligus membuka ruang kepada MBIP untuk meneroka konsep Sustainable Learning Centre, yang boleh diterapkan dalam pembangunan Pusat Pembelajaran di Iskandar Puteri.
Pihak MBIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pustaka Raja Tun Uda atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan awam yang inovatif.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri