Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
LAWATAN DELEGASI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE PUSTAKA KL DIGITAL MADANI@BANDAR SRI PERMAISURI & ESG CENTRE
5 Februari 2025 | Pustaka KL Digital Madani & ESG Centre
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pustaka KL Digital Madani dan ESG Centre dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendalami perkhidmatan perpustakaan digital serta memahami peranan ESG (Environmental, Social & Governance) dalam pembangunan mampan.
Lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Shaharizad bin Adanan, Pustakawan Kanan, Seksyen Perkhidmatan, Perpustakaan Kuala Lumpur yang menerangkan mengenai perkhidmatan perpustakaan, kemudahan yang disediakan, serta senarai aplikasi digital yang menyokong akses pembelajaran moden dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Delegasi MBIP turut dibawa melawat pelbagai fasiliti yang disediakan, termasuk bilik multimedia, bilik perbincangan, bilik komputer, ruang membaca, ruang kanak-kanak, ruang internet, serta kafeteria yang menjadikan perpustakaan ini sebagai pusat pembelajaran yang kondusif dan mesra pengguna.
Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke ESG Centre, di mana delegasi MBIP berpeluang mengikuti sesi walkabout di Galeri ESG. Sepanjang lawatan, Tuan Haji Ismail bin Haji Abdullah, Presiden IGTC, telah memberikan penerangan komprehensif mengenai konsep dan penubuhan ESG Centre, Agenda ESG, pengaplikasian prinsip ESG dalam pelbagai sektor, serta kepentingan Materialiti ESG dalam perancangan strategik.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DBKL atas kesudian menerima kunjungan delegasi MBIP ke Pustaka KL Digital Madani dan ESG Centre serta berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan perpustakaan digital serta peranan ESG dalam pembangunan mampan.

