KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
HARI KUALITI DAN INOVASI 2025 MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
6 Februari 2025 | Dewan Banquet Bora-Bora, Sunway City, Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi 2025, yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP.
Program ini merupakan satu acara tahunan yang mengiktiraf kecemerlangan serta memupuk budaya kerja berinovasi dan kreatif bagi memastikan perkhidmatan disampaikan dengan lebih cekap dan berkesan. Kesemua kumpulan yang menyertai KIK dinilai oleh juri yang bertauliah dari Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Turut hadir YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, Tuan Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, Encik Zulkefly bin Songip, Pengarah SIRIM Negeri Johor, Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis MBIP, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, Ahli-ahli Majlis MBIP serta para pemenang Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2025.
Turut berlangsung dalam acara tersebut :
Penyampaian Pensijilan MS ISO 45001:2018 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
- Penghargaan daripada pihak SPRM kepada MBIP atas komitmen dalam integriti dan pencegahan rasuah.
- Penyampaian Anugerah Gold Award kepada Kumpulan Extraordinary (Jabatan Pelesenan) dan Kumpulan Revolution Infinity (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta) sempena 49th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024 di Colombo, Sri Lanka.
- Penyampaian hadiah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MBIP 2025.
- Johan - Kumpulan Asta Seni (Jabatan Bangunan
- Naib Johan - Kumpulan Microen (Jabatan Pelesenan)
- Tempat Ketiga - Kumpulan Velocity (Jabatan Kesihatan Awam)
- Anugerah Khas Juri - Kumpulan Ace Star (Jabatan Teknologi Maklumat)
Tahniah juga diucapkan kepada kesemua 14 kumpulan yang menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif tahun 2025.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini! Semoga MBIP terus maju sebagai sebuah organisasi yang inovatif dan berkualiti tinggi.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri