Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN TERBAIK GREEN CITY DARIPADA MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
5 Februari 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diketuai oleh oleh TPr. Hazman bin Mohd Mahayudin, Pengarah Perancangan Bangunan MBSJ, dalam satu Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik Green City, dan disambut baik oleh TPr. Ruzanna binti Mohamed, Pengarah Perancangan Pembangunan MBIP serta kakitangan Jabatan Perancangan Pembangunan MBIP.
Lawatan yang bertujuan mendapatkan perkongsian berkenaan pengalaman dan strategi dalam usaha membangunkan bandar rendah karbon dan lestari ini dimulakan di Sunway City Iskandar Puteri bagi perkongsian berkaitan Inisiatif Zon Rendah Karbon, usaha pembangunan bandar pintar yang lebih mesra alam, dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 serta inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) di Bangunan Temenggong Ibrahim.
Pihak MBIP merakamkan ucapan penghargaan kepada delegasi MBSJ atas kunjungan ini. Semoga kerjasama ini terus memperkukuh komitmen kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan bandar hijau dan lestari demi masa depan yang lebih baik.







