KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
SESI TAKLIMAT DAN SERAHAN MYKIOSK BAGI PENJAJA JALAN PULAI HARMONI 3, KANGKAR PULAI
6 & 7 Februari 2024 | Bangunan Temenggong Ibrahim & Penempatan MyKiosk Jalan Pulai Harmoni 3
MyKiosk merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memberi penekanan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka, dengan objektif untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat dengan memberi kadar sewaan kiosk yang rendah serta menyediakan ruang niaga yang selamat dan selesa kepada peniaga serta peniaga yang berjaya mendapat pengecualian sewaan sehingga Jun 2025.
Jabatan Pelesenan MBIP telah mengadakan Sesi Taklimat dan Serahan MyKiosk bagi Siri 1/2025, dan bagi unit MyKiosk yang belum diserahkan, akan dilaksanakan dalam siri seterusnya secara berperingkat.
Serahan kunci MyKiosk telah disempurnakan oleh Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pelesenan MBIP kepada peniaga-peniaga yang telah dipindahkan ke penempatan MyKiosk, dengan disaksikan oleh Encik Mohd Farizul Mohd Hairi, Ketua Kampung Kangkar Pulai.
Turut terlibat adalah Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBIP yang telah menyampaikan informasi berkenaan penjagaan MyKiosk, syarat-syarat sewaan, dan penyelenggaraan MyKiosk.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri