KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
10 Februari 2025 | Blok 67-73, Taman Ungku Tun Aminah
Bersempena Program Johor Bersih tahun 2025, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menjalankan aktiviti plogging yang bertempat di Blok 67-73, Taman Ungku Tun Aminah. Aktiviti plogging tersebut dijalankan bersama-sama dengan Ahli Majlis Zon 20: Taman Ungku Tun Aminah, Puan Chuah Lee Hui, kakitangan MBIP, SWCorp dan penduduk setempat dari kawasan flat tersebut yang menjumlahkan seramai 44 orang yang menyertai. Hasil daripada aktiviti plogging tersebut, sebanyak 64kg sampah-sarap yang telah berjaya dikutip dan dibersihkan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Kerjasama dari setiap individu dalam menjaga kebersihan dapat menghasilkan jaminan kawasan yang sentiasa bersih dan selamat. Selain itu, menyuntik semangat dan menyemai kesedaran terutama kepada orang muda yang akan menjadi generasi akan datang untuk menjaga bumi dan alam sekitar pada masa depan.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri