Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
SESI TAKLIMAT DAN SERAHAN MYKIOSK @ KPKT KEPADA PENIAGA DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SEMULA PENJAJA DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Jabatan Pelesenan MBIP telah mengadakan Sesi Taklimat dan Serahan MyKiosk Siri 2/2025 bagi memberikan penerangan serta menyerahkan kunci MyKiosk kepada peniaga yang terlibat di beberapa lokasi seperti Taman Mutiara Rini, Lima Kedai, Taman Damai Jaya, dan Kangkar Pulai.
Sesi Taklimat dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, Encik Tambi Omar bin Latip, Ahli Majlis MBIP, Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pelesenan, Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam serta Pegawai-pegawai MBIP.
Turut terlibat adalah Pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBIP yang telah menyampaikan informasi berkenaan penjagaan MyKiosk, syarat-syarat sewaan, dan penyelenggaraan MyKiosk.
Sesi diteruskan dengan sesi penyerahan MyKiosk yang disempurnakan oleh Datuk Bandar kepada peniaga-peniaga yang telah dipindahkan ke penempatan MyKiosk.
Melalui program MyKiosk ini, peniaga ditawarkan kadar sewaan kiosk yang rendah dengan kemudahan ruang niaga yang lebih selamat dan selesa. Peniaga yang layak juga turut menerima pengecualian sewaan sehingga Jun 2025.
Pihak MBIP berharap agar inisiatif ini dapat membantu peniaga-peniaga tempatan berkembang maju serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.


