KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
KURSUS PENGUKUHAN TEKNIK SIASATAN DALAMAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI BAGI TAHUN 2025
19 & 20 Februari 2025 | Makmal ICT, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP
Bersempena Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Siri 2, Unit Integriti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan Kursus Pengukuhan Teknik Siasatan Dalaman MBIP yang melibatkan 40 orang peserta daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Yazid, Pegawai Siasatan, Unit Integriti Kementerian Luar Negeri.
Kursus ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik siasatan dalaman iaitu prinsip pengesanan dan pengesahan di dalam Fungsi Teras Unit Integriti. Kursus ini turut mendedahkan pegawai-pegawai MBIP dengan kaedah dan teknik siasatan yang sesuai dan berkesan serta tatacara pengendalian saksi dan pelaporan dokumen dengan betul dan berkesan, selain meningkatkan kefahaman pegawai berkaitan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Akta SPRM 2009 Kanun Keseksaan dan pekeliling-pekeliling terkini dari semasa ke semasa.
Usaha ini mencerminkan komitmen MBIP menggapai objektifnya seterusnya mengangkat MBIP sebagai sebuah organisasi awam yang progresif, bermutu, harmoni serta dapat mencegah isu rasuah dalam kalangan warga kerja MBIP. Kerjasama yang baik daripada semua pihak program ini berjaya dilaksanakan dan memberi manfaat kepada peserta yang hadir.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri