Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN ISLAM
22 Februari 2025 | Tanah Perkuburan Islam Bukit Rodziah, Gelang Patah
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Southern Volunteers dan Puspanita MBIP telah mengadakan Program Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Islam Bukit Rodziah, Taman Nusantara, Gelang Patah.
Program turut diserikan dengan kehadiran Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, serta Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar. Turut hadir YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha, Puan Hajah Sharifah Leila Zuraidah binti Hj. Syed Nordin, Pengerusi Puspanita MBIP, barisan Ahli Majlis dan warga kerja MBIP, serta ahli Southern Volunteers.
Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan perkuburan sentiasa dalam keadaan bersih, terjaga, dan terpelihara sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah pergi, serta turut menggalakkan semangat kebersamaan dan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat.
Pihak MBIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi manfaat bersama.







