KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
SESI DIALOG (TOWNHALL) BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG MAJU JAYA DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
23 Februari 2025 | Kampung Maju Jaya, Johor Bahru
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan sesi dialog (townhall) bersama penduduk Kampung Maju Jaya bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Sesi ini dihadiri oleh Puan Lau Mei Yok, Ahli Majlis Zon 15: Impian Emas, serta PMgr. Sr. Ts. Dr. Tuan Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Turut hadir ialah Encik Sr. Zatul Amri bin Zanal, Penolong Pengarah Penilaian Bahagian Penilaian MBIP, Encik Mohamad Shafiq Affendy bin A. Latif, Pegawai Kesihatan Persekitaran MBIP, Tuan Haji Mohd Nurul Faiz bin Aman, Penghulu Mukim Tebrau, Encik Roslan bin Hj Hassan, Ketua Kampung Maju Jaya dan wakil pegawai daripada SWCorp.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh PMgr. Sr. Ts. Dr. Tuan Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang memberikan penerangan secara holistik mengenai pelaksanaan cukai di kawasan tersebut. Sesi diteruskan dengan Encik Sr. Zatul Amri bin Zanal, Penolong Pengarah Penilaian Bahagian Penilaian MBIP yang mengulas mengenai penyelarasan senarai nilaian kawasan kampung, diikuti taklimat berkenaan usaha pembersihan dan pengurusan persekitaran Kampung Maju Jaya oleh Encik Mohamad Shafiq Affendy bin A. Latif, Pegawai Kesihatan Persekitaran MBIP.
Penduduk turut diberi peluang menyuarakan pendapat dan persoalan dalam sesi soal jawab yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif.
Pihak MBIP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk Kampung Maju Jaya atas kehadiran dan keterlibatan aktif dalam sesi ini. Semoga perbincangan ini dapat menghasilkan tindakan yang lebih efektif bagi kesejahteraan komuniti setempat.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri