Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
24 Februari 2025 | Persiaran Jalan Jasa 1 & 2, Mutiara Rini
Pada 24 Februari 2025 (Isnin), pihak Majlis telah meneruskan lagi aktiviti plogging dan jalan angkat yang diadakan di Persiaran Jalan Jasa 1 & 2, Taman Mutiara Rini. Aktiviti plogging ini telah dihadiri oleh Encik Hafiz bin Abdullah Hashim, Ahli Majlis Zon 6 : Mutiara Rini, YM Ungku Ahmad bin Ungku Mohd Zakaria, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, KRT Presint Jasa, kakitangan MBIP, SWCorp, SWM dan juga penduduk kawasan seramai 45 orang.
Sebanyak 61kg sampah-sarap telah dikutip dan dibersihkan di sekitar kawasan tersebut. MBIP menyeru dan cakna kepada semua bangsa Johor agar menjadi orang awam yang prihatin dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan bersama-sama mengambil berat persekitaran kita supaya lebih bersih dan berkualiti.




