Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
PROGRAM JOM BAYAR LESEN MBIP DAN SESI PENERANGAN PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)
25 Februari 2025 I Pasar Awam Perling, Jalan Camar, Taman Perling
Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Pelesenan telah menganjurkan Program Jom Bayar Lesen. Program ini merupakan inisiatif Jabatan Pelesenan bagi memudahkan penjaja sekitar terutamanya di kawasan Taman Perling tanpa perlu hadir ke Pejabat MBIP di Medini.
Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor turut mengadakan sesi penerangan mengenai Program Jualan Rahmah Madani (PJRM). Inisiatif ini tidak hanya memberi manfaat kepada penjaja, tetapi juga kepada komuniti setempat dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih dekat dan mesra pelanggan.
Pihak MBIP juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, serta kepada penjaja dan komuniti yang turut memberi sokongan!

.jpg)




