Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
MBIP RAIH PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DI MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2024
26 Februari 2025 | Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima dua anugerah berprestij dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang telah disempurnakan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
- Anugerah 5 Diamond: Zon Rendah Karbon Sunway City Iskandar Puteri
- Pensijilan Provisional: Bangunan Pejabat MBIP Medini
Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang menilai pencapaian bandar rendah karbon berdasarkan lima elemen utama kemampanan iaitu Tenaga, Air, Sisa, Mobiliti dan Kawasan hijau.
Sementara itu, Zon Rendah Karbon Sunway City Iskandar Puteri (SCIP), yang berjaya meraih Anugerah 5 Diamond, merupakan hasil kerjasama strategik antara MBIP dan SCIP dalam membangunkan sebuah bandar rendah karbon. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi terhadap kelestarian alam sekitar, tetapi juga mengukuhkan pendekatan kolaboratif MBIP dalam merealisasikan agenda pembangunan mampan. Usaha ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 17: Perkongsian untuk Matlamat, yang menekankan kepentingan kerjasama dalam mencapai masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Pengiktirafan ini menjadi pencetus semangat buat pihak MBIP untuk terus memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia ke arah sasaran karbon sifar bersih 2050.




