KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
  
MAJLIS PERSARAAN DAN JASAMU DIKENANG & PEMBERIAN ANUGERAH SETIA BERKHIDMAT
27 Februari 2025 | Rimbunan @ Mall of Medini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan penuh penghargaan meraikan dedikasi dan kesetiaan warga kerjanya dalam satu majlis yang penuh meriah.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar, YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha dan Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha serta barisan Pengarah Jabatan MBIP.
Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Berbahagia Datuk Bandar MBIP, diikuti dengan sesi penyampaian Anugerah Setia Berkhidmat kepada kakitangan yang telah berkhidmat dengan sepenuh hati, komitmen yang tinggi dan berdedikasi dalam menyumbang kepada kecemerlangan MBIP selama 25 tahun dan lebih.
Turut diraikan adalah kakitangan yang bakal bersara serta mereka yang telah bersara, sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga dan penghormatan atas jasa serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di MBIP.
Penghargaan ini diharapkan menjadi inspirasi kepada semua warga kerja MBIP untuk terus berkhidmat dengan semangat kerja berpasukan serta komitmen tinggi dalam membentuk sebuah bandar raya pintar, mampan dan sejahtera.
Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan dalam membangunkan komuniti yang lebih baik.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri