Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
PROGRAM TAHLIL PERDANA MBIP SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 2025
28 Februari 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim
Program ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, bersama barisan pengarah jabatan serta warga kerja MBIP dalam suasana yang penuh keinsafan dan kebersamaan.
Program dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar bin Watak serta diikuti dengan sesi tazkirah yang memberikan pengisian rohani sebagai persediaan menyambut Ramadan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah, memohon keberkatan, serta mendoakan kesejahteraan semua dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia.
Semoga keberkatan daripada program ini menjadi pemangkin kepada amalan kebaikan yang berterusan serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam organisasi.


