KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
SESI DIALOG (TOWNHALL) BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG LAUT DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
1 Mac 2025 | Kampung Laut Skudai, Johor Bahru

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Sesi Dialog (Townhall) Bersama Penduduk Kampung Laut, bertujuan membincangkan penyelarasan senarai nilaian serta penambahbaikan perkhidmatan perbandaran di kawasan tersebut.

Sesi ini dihadiri oleh PMgr. Sr. Ts. Dr. Tuan Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Turut hadir ialah Encik Sr. Zatul Amri bin Zanal, Penolong Pengarah Penilaian Bahagian Penilaian MBIP, Encik Mohamad Shafiq Affendy bin A. Latif, Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Awam MBIP.

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang memberikan penerangan mengenai pelaksanaan cukai di kawasan tersebut. Sesi diteruskan dengan Penolong Pengarah Penilaian, Bahagian Penilaian MBIP yang mengulas mengenai penyelarasan senarai nilaian kawasan kampung, diikuti taklimat perkhidmatan perbandaran dan pelaksanaan pembersihan awam di kawasan Kampung Laut oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran MBIP.

Penduduk turut berpeluang menyuarakan pandangan, cadangan, dan persoalan dalam sesi soal jawab yang berlangsung secara terbuka, telus, dan membina.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Laut atas kehadiran serta keterlibatan aktif dalam sesi ini. Diharapkan perbincangan yang berlangsung dapat menghasilkan tindakan yang lebih berkesan demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti setempat.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri