Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
AKTIVITI PROMOSI & TINDAKAN PEMERIKSAAN SERTA PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADHAN TAMAN UNIVERSITI
04 Mac 2025 | Bazar Ramadhan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti
Seramai 10 pegawai telah terlibat dalam pemeriksaan ke atas 190 tapak perniagaan yang melibatkan 205 pengendali makanan, di mana kesemua pengendali telah mendapatkan suntikan typhoid seperti yang diwajibkan. Pemeriksaan juga mendapati tiada pekerja warga asing ditemui. Sebanyak 300 'pamphlet' serta 'flyers' telah turut diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, MBIP juga memantau ke atas pematuhan terhadap kebersihan gerai, pembuangan sampah yang teratur, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tapak selepas tamat jualan harian serta pelaksanaan inisiatif mesra alam. Walaupun tiada sitaan polisterina dilakukan, MBIP terus menggalakkan penggunaan bahan pembungkus makanan yang lebih mesra alam bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
MBIP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kelancaran operasi bazar sepanjang Ramadan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.

