Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PEMERIKSAAN & TINDAKAN PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN TAMAN UNIVERSITI
4 Mac 2025 | Bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 4 & 5, Taman Universiti
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Awam telah menjalankan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan di Bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 4 & 5, Taman Universiti. Langkah ini diambil bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat-syarat pelesenan serta garis panduan kebersihan dan kesihatan sepanjang bulan Ramadan.
Dalam pemeriksaan ini, pihak MBIP telah mengeluarkan satu (1) Notis Henti Niaga (NHN) kepada penjaja yang enggan memasuki kawasan bazar yang ditetapkan, serta mengambil satu (1) tindakan sita terhadap penjaja warga asing yang tidak mempunyai kebenaran berniaga.
Turut hadir dalam sesi pemeriksaan ini ialah Encik Fakhrul Zafran bin Absl Kamarul Azman, Ahli Majlis Zon 5: Taman Universiti, serta Penolong Pengarah Pelesenan, Encik Mohamad Fahim Azman bin Ab Jalal. MBIP juga komited dalam memastikan kepatuhan terhadap peraturan bagi menjamin kelancaran operasi bazar Ramadan demi keselesaan dan keselamatan semua pihak.


