Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
LAWATAN HOTSPOT BANJIR DI KAWASAN ISKANDAR PUTERI
6 Mac 2025 | Skudai
Sesi turun padang ini dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan; YB Marina Ibrahim, ADUN Skudai; Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP; Sangrapandian A/L Velliappan, Ahli Majlis Zon 17: Skudai; serta Chuah Lee Hui, Ahli Majlis Zon 20: Tun Aminah. Turut hadir adalah barisan pengarah jabatan MBIP serta wakil daripada SWCorp dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Johor Bahru (JPS).
Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca utama banjir serta membincangkan langkah-langkah penyelesaian bagi mengurangkan impak kepada penduduk sekitar. MBIP komited untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti dengan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani isu ini.
Penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat serta komuniti setempat yang turut memberi kerjasama dalam usaha menangani masalah banjir. Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan Skudai.

