Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
AKTIVITI PROMOSI & TINDAKAN PEMERIKSAAN SERTA PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADHAN TAMAN NUSA PERINTIS
6 Mac 2025 | Bazar Ramadhan Jalan Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis
Seramai 10 pegawai telah terlibat dalam pemeriksaan ke atas 126 tapak perniagaan yang melibatkan 137 pengendali makanan, di mana kesemua pengendali telah mendapatkan suntikan typhoid seperti yang diwajibkan. Pemeriksaan juga mendapati tiada pekerja warga asing ditemui. 'Pamphlet' serta 'Flyers' telah turut diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, MBIP juga memantau ke atas pematuhan terhadap kebersihan gerai, pembuangan sampah yang teratur, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tapak selepas tamat jualan harian serta pelaksanaan inisiatif mesra alam. MBIP terus menggalakkan penggunaan bahan pembungkus makanan yang lebih mesra alam bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
MBIP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kelancaran operasi bazar sepanjang Ramadan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.


