KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
KEJADIAN RIBUT & ANGIN KENCANG: TINDAKAN SEGERA MBIP DAN AGENSI BERKAITAN BAGI PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SEMULA
08 Mac 2025 I Taman Universiti dan Taman Pulai Utama

Kejadian ribut dan angin kencang telah melanda beberapa kawasan di sekitar Skudai. Insiden ini telah menyebabkan sebanyak 47 pokok tumbang di Taman Universiti dan Taman Pulai Utama.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengambil tindakan pantas di tempat kejadian bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan terjejas.
Laluan trafik yang terhalang telah berjaya dibuka semula, manakala kerja-kerja pemotongan pokok serta pembersihan masih giat dijalankan. Pemasangan semula papan tanda yang tumbang juga akan dilakukan segera.
Pada masa yang sama, Skuad Elite MBIP masih meneruskan rondaan untuk mengenal pasti lokasi tambahan yang terjejas. Selain itu, pihak berwajib sedang menguruskan laporan polis bagi mangsa yang terlibat.
Orang ramai adalah dinasihatkan sentiasa berwaspada terutama ketika berada di kawasan yang berpotensi berlaku kejadian pokok tumbang.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk orang awam yang sama-sama membantu dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri