KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
SESI TOWNHALL BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI MELAYU
11 Mac 2025 | Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Sesi Townhall Bersama Komuniti di Balairaya Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri.
Sesi townhall dan lawatan tapak ini telah dihadiri oleh para penduduk serta agensi lain seramai 50 orang yang telah dipengerusikan bersama oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP dan Yang Berhormat Datuk Hj. Pandak bin Hj. Ahmad, ADUN Kota Iskandar serta turut disertai Ahli Majlis MBIP, Ketua Kampung bersama barisan pengarah dan wakil jabatan MBIP.
Tujuan Townhall ini dibuat adalah untuk memberi penerangan kepada penduduk dan juga membincangkan perkara berbangkit bagi projek Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri Johor yang telah mula dijalankan di tapak pembangunan.
Projek pembangunan ini melibatkan dua komponen penting iaitu Hentian Leluri dan Pengkalan Leluri yang akan dinaik taraf infrastruktur pelancongan di lokasi sekaligus menjadikan Kampung Sungai Melayu sebagai salah satu tempat menarik dan lokasi pelancongan bagi warga tempatan dan pelancong luar menjelang Tahun Melawat Johor 2026.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri