Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN & TINDAKAN PEMERIKSAAN SERTA PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN PERUMAHAN LIMA KEDAI DAN BAZAR RAMADAN TAMAN PERLING
11 Mac 2025 | Bazar Ramadan Perumahan Lima Kedai & Bazar Ramadan Jalan Layang Taman Perling
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan di Bazar Ramadan.
Seramai 5 pegawai telah terlibat dalam pemeriksaan ke atas 90 tapak perniagaan yang melibatkan 103 pengendali makanan keseluruhannya , di mana kesemua pengendali telah mendapatkan suntikan typhoid seperti yang diwajibkan. Pemeriksaan juga mendapati tiada pekerja warga asing ditemui. 'Pamphlet' serta 'Flyers' telah turut diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, MBIP juga memantau ke atas pematuhan terhadap kebersihan gerai, pembuangan sampah yang teratur, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tapak selepas tamat jualan harian serta pelaksanaan inisiatif mesra alam. MBIP terus menggalakkan penggunaan bahan pembungkus makanan yang lebih mesra alam bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
MBIP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kelancaran operasi bazar sepanjang Ramadan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.


