Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) @ PASAR
13 Mac 2025 | Pasar Awam Taman Perling
Jualan Rahmah Madani @ Pasar telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama antara Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor. Lebih istimewa, Pasar Awam Taman Perling menjadi pasar pertama di Johor yang melaksanakan Program Jualan Rahmah Madani, menandakan permulaan inisiatif ini di peringkat tempatan bagi membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, yang turut berbesar hati merasmikan majlis ini. Turut hadir ialah Puan Lilis Saslinda binti Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor; Encik Mohamed Kamaruzaman bin Isa, Ahli Majlis Zon 24: Perling; Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pelesenan MBIP serta peniaga yang terlibat.
Pelaksanaan Jualan Rahmah Madani @ Pasar ini telah memberi manfaat kepada ramai penduduk sekitar dengan menawarkan barangan keperluan pada harga lebih rendah, sejajar dengan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, membuktikan inisiatif ini benar-benar membawa kebaikan kepada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong inisiatif ini! Nantikan lebih banyak program bermanfaat akan datang!

