Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
SESI PENGHARGAAN GERAN KOMUNITI IPRK 4.0, TAKLIMAT PEMBUKAAN GERAN 5.0 & PELANCARAN KOMIK MICROPLASTIK
13 Mac 2025 | Auditorium MBIP, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), dan SWM Environment Sdn Bhd telah menganjurkan Sesi Penghargaan Geran Komuniti IPRK 4.0, Taklimat Pembukaan Geran IPRK 5.0, serta Pelancaran Komik Microplastik di Auditorium MBIP.
Acara ini bertujuan untuk menghargai usaha komuniti dalam menjayakan projek-projek rendah karbon menerusi Geran Komuniti IPRK 4.0 serta memperkenalkan peluang pembiayaan baharu melalui Geran IPRK 5.0. Dalam majlis yang sama, MBIP dengan bangganya melancarkan Komik Microplastik, satu inisiatif pendidikan kreatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran plastik mikro dalam ekosistem kita.
Bagi yang terlepas sesi ini, anda masih boleh menonton rakaman penuh di laman rasmi Facebook MBIP. Jangan lepaskan peluang untuk memohon Geran IPRK 5.0 dan bersama-sama merealisasikan Iskandar Puteri sebagai sebuah Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera.
