KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
CERAMAH ASAS BANTUAN AWAL PSIKOLOGI (PFA) UNTUK SUKARELAWAN
Program anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) ini dirancang khusus untuk sukarelawan SVIP, yang sering terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan serta program komuniti yang mencabar dari segi mental dan emosi.
Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid – PFA) merupakan pendekatan penting dalam memberikan sokongan awal kepada individu yang mengalami tekanan emosi akibat krisis atau bencana. Pendedahan terhadap asas PFA ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sukarelawan dalam memberikan sokongan awal yang berkesan kepada komuniti.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Muhammad Syakirin bin Md Salleh, Pegawai Psikologi dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru, dan dihadiri oleh 150 orang sukarelawan Southern Volunteers Iskandar Puteri (SVIP).
Melalui ceramah ini, peserta akan lebih bersedia untuk menangani tekanan emosi bukan sahaja dalam kalangan mereka yang dibantu, tetapi juga dalam menjaga kesejahteraan diri sendiri dan rakan sepasukan semasa menjalankan misi bantuan.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri